twitter
rss

Teknik Matematik Mudah gaya Vedik(berasaskan kitab lama hindu).Cikgu ambil daripada http://www.mohdhanafi.com/.Mohon izin daripada penulis asalnya untuk sama sama kita berkongsi ilmu.

p/s:Penulis tersebut menggunakan kata ganti diri 'aku'

Ok untuk siri pertama, aku akan tunjukkan teknik yang paling ringkas mendarab nombor 11 dengan sebarang nombor dua digit. Sebelum itu uji tahap keupayaan matematik anda dahulu dengan soalan di bawah.

Cari jawapan soalan di bawah dalam masa 3 saat.

53 x 11 = _ _ _

Macam mana boleh selesaikan dalam masa 3 saat? Jika boleh, tahniah dan abaikan ‘post’ nie. Bagi yang gagal tidak mengapa sebab aku akan tunjukkan cara paling pantas tanpa menggunakan kalkulator untuk selesaikan soalan di atas.

Langkah Pertama

53 x 11 = 5 _ 3

Seperti yang anda lihat untuk mencari jawapan untuk soalan tersebut salin kembali digit pertama (5) dan kedua (3) dan isikan tempat kosong seperti di atas. Seterusnya untuk ruang kosong antara nombor 5 dan nombor 3, anda hanya perlu tambahkan kedua-dua nombor tersebut, 5+3=8. Maka langkah kedua dan terakhir akan kelihatan seperti di bawah.

Langkah Kedua

53 x 11 = 5 8 3

Senang bukan? Ok uji tahap kefahaman anda dengan soalan di bawah.

1) 34 x 11 = _ _ _

2) 62 x 11 = _ _ _

3) 71 x 11 = _ _ _

*4) 65 x 11 = _ _ _

* 5) 77 x 11 = _ _ _

*6) 37 x 11 = _ _ _

Jawapan : 374, 682, 781, 715, 847, 407 (sila highlight baris ini untuk jawapan soalan di atas)

Ada soalan? Tanya pada ruangan komen di bawah. Untuk memastikan anda tak terlepas siri kedua dan seterusnya, sila daftar e-mel anda pada ruangan yang disediakan di sidebar blog ini.

Kemaskini

Untuk menyelesaikan soalan 4, 5, dan 6, anda memerlukan tiga langkah penyelesaian. Contohnya untuk soalan 6.

Lankah Pertama

37 x 11 = 3 _ 7

Untuk langkah pertama, lakukan seperti biasa dengan menyalin semula nombor dan isikan tempat kosong.

Langkah Kedua

3 + 7 = 10

37 x 11 = 3 0 7 * // Nota : Bukan jawapan akhir

Untuk nombor di antara 3 dan 7, tambahkan 3 dan 7 dan ianya bersamaan dengan 10. Memandangkan nombor 10 merupakan nombor dua digit sedangkan ruang kosong yang boleh diisi hanya satu nombor maka kita perlukan langkah tambahan. Untuk ruang kosong tersebut isikan digit kedua daripada nombor 10 iaitu nombor 0.

Langkah Ketiga

37 x 11 = 3 + 1 0 7

= 4 0 7

Digit pertama daripada hasil tambah nombor 3 dan nombor 7 iaitu nombor 1 ditambahkan kepada nombor 3 dalam jawapan seperti yang ditunjukkan di atas.Akhirnya jawapan terakhirnya adalah 407. Hooray! Senangkan?

Harap fahamlah yer dengan penyelesaiannya tersebut sebab susah nak terangkan dengan penulisan nie tapi aku dah cuba sedaya upaya aku untuk menulis dengan sebaik mungkin.


SELAMAT MENCUBA.AYUH BELAJAR


0 comments:

Post a Comment