Hari ini mari kita sambung artikel bertajuk Cemerlang Matematik Bahagian II : Penyelesaian Masalah. Semakin tinggi kita belajar matematik, semakin sukar masalah yang bakal kita tempuhi. Jika waktu di sekolah rendah, dengan hanya satu langkah sahaja kita sudah mampu menyelesaikan masalah matematik yang diberikan tetapi jika di universiti mungkin kita perlu menghabiskan 2 helai kertas A4 untuk mendapat penyelesaian seseuatu masalah. Fonomena ini adalah biasa bak kata Uncle Ben ” with great power comes great responsibility“. Macam tak ada kaitan sahaja kata-kata Pakcik Spider-Man ni dengan penulisan saya Baiklah, sebelum kita menyelesaikan masalah matematik, mari kita kenali jenis-jenis masalah dalam matematik yang sering kita temui dalam peperiksaan. Masalah 1,2 dan 3 adalah masalah yang biasa kita temui. Jalan penyelesaianya juga adalah tidak panjang. Tetapi untuk masalah 4 dan 5 jalan penyelesaiannya adalah panjang dan kadangkala kita memerlukan pelbagai kemahiran matematik untuk menyelesaikanya. Melakukan kerja rumah adalah satu langkah yang baik untuk membantu memahirkan diri dalam menyelesaikan masalah matematik. Jika anda membuat kerja rumah berkaitan dengan masalah di atas, anda dinasihatkan melakukan jalan kerja dengan sepenuhnya. Kekerapan melakukan latihan seperti kerja rumah akan meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah. Tip-tip menyelesaikan masalah matematik. Aplikasi 4 langkah PĂ“lya’s; Sesetengah masalah memerlukan anda menggunakan pelbagai strategi. Ada yang memerlukan kita melukis gambar, melakar gambarajah, membina jadual, membina senarai, memcipta formula, mengulang-ngulang jalan kerja dan sebagainya. Tip menyelesaikan masalah soalan berbentuk tulisan (word problem) Apabila melihat soalan yang panjang dihuraikan, murid biasanya akan meninggalkan soalan tersebut. Ini kerana ramai yang beranggapan yang soalan sebegini sukar. Sekarang mari kita lihat bagaimana cara untuk menyelesaikan masalah ini. Sekian sahaja.. Wassalam Sahabat saya cikgu Farizal SKBP (www.cikgufarizal.com)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)