twitter
rss

Salam Sejahtera.


Maafkan cikgu kerana sudah lama tidak mengemaskini blog ini.Cikgu tidak dapat mengakses blog ini kerana kehilangan password.Terlampau banyak blog sehingga tidak ingat mana satu password yang betul. Mujur setelah beberapa lama mencuba akhirnya cikgu dapat mengakses semula. Berkenaan dengan password, anda perlu menyimpan di tempat yang benar benar selama. Ini kerana sekiranya berlaku sesuatu kita masih dapat membuka emel atau blog kita.
Cikgu sentiasa menggunakan password yang berbeza. Ini kerana kita selalu menggunakan password yang sama iaitu kombinasi tarikh lahir,nombor rumah dan sebagainya. Ini sangat membahayakan kerana hackers akan dapat mengesan kelemahan password kita dan dapat mengakses akaun kita sewenang wenangnya.Namu ia adalah satu pengajaran buat cikgu supaya catat passwor ditempat yang selamat.
Apapun UPSR hampir menjelang.Esok (13 September 2011) maka tibalah saat yang dinantikan oleh murid Tahun Enam. UPSR akan menjelang.Adakah mereka benar benar bersedia? Kita doakan agar semua calon UPSR beroleh kejayaan Amin. Pelajar UPSR tahun ini berdepan dengan cabaran yang amat besar. Sudahlah tidak dapat beraya dengan tenang...malah ada yang berdebar menanti saat yang sangat mencemaskan ini. Namun begitu ada juga yang rileks kerana mereka bersedia dari awal lagi. Salah seorang anak buah cikgu (Anas Rasydan) turut mengambil UPSR tahun ini.
Disini cikgu kongsikan beberapa tips semasa peperiksaan. Semoga anda mengamalkan tips ini mudah mudahan akan berjaya hendaknya.
  • Buatlah solat hajat sepanjang minggu peperiksaan. Terutama selepas subuh sebelum hadir ke dewan peperiksaan. Mohonlah doa kepada Allah agar dipermudahkan segala urusan kita.Sangat baik sekiranya ibu bapa juga dapat turut serta
  • Bacalah surah Yasin sepanjang minggu ini terutama selepas solat fardhu.Surah Yasin amat mustajab terutama ketika memohon hajat yang penting.
  • Datanglah ke dewan peperiksaan dengan hati yang tenang. Senyum dan rileks. jangan memikirkan tentang ketakutan dan gundah gulana.Tarik nafas dan genggam tangan dengan kuat sambil berkata "aku boleh lakukan". Hati yang gundah akan menambah rasa gementar anda. jangan difikirkan tentang soalan yang bakal keluar.
  • Baca doa semasa duduk di dalam dewan. baik sekali membaca surah 4 Qul disusuli dengan ayatul kursi dan surah Taha.Baca bismillahirahmanirrahim sebanyak 21 kali serta beristighfar.
  • Baca soalan dengan tenang dan teliti,catatkan isi isi yang penting dan gariskan ayat ayat yang berguna.Jawab soalan yang senang dahulu dan pastikan jangan terlalu banyak habiskan masa dengan soalan solan yang susah.
  • Sekiranya anda tiba tiba menjadi tertekan, bacalah surah alfatihah dan "Subhana man la yana muala yashu" sekiranya terlupa.
  • Berzikirlah ketika menjawab atau menyebut nama Allah-asmaul husna. Ya Alim-Ya Rahman-Ya Rahim
  • Selesai menjawab soalan pastikan nama dan angka giliran anda. Semak semula semua soalan yang telah dijawab.jangan tidur kerana dikhuatiri air liur basi anda akan terlekat di kertas jawapan(ini bukan gurauan kerana ia pernah berlaku)
  • Selepas peperiksaan, usah berbincang jawapan dengan rakan anda kerana ia akan menambah tekanan anda. Teruskan berusaha untuk kertas yang seterusnya.
Selamat Menjawab Peperiksaan.Anda Mampu mengubahnya.....

P/s: Kata cikgu kasniza:Ada pelajar di Malaysia memberi alasan boleh meniru ketika ditangkap kerana di kertas soalan terdapat cetakan "Sila Lihat Muka surat sebelah".Lalu mereka pun melihat kepada pelajar di sebelah mereka.Anda jangan sesekali cuba meniru ye....