twitter
rss

Hari ini mari kita sambung artikel bertajuk Cemerlang Matematik Bahagian II : Penyelesaian Masalah.

Semakin tinggi kita belajar matematik, semakin sukar masalah yang bakal kita tempuhi. Jika waktu di sekolah rendah, dengan hanya satu langkah sahaja kita sudah mampu menyelesaikan masalah matematik yang diberikan tetapi jika di universiti mungkin kita perlu menghabiskan 2 helai kertas A4 untuk mendapat penyelesaian seseuatu masalah. Fonomena ini adalah biasa bak kata Uncle Ben ” with great power comes great responsibility“. Macam tak ada kaitan sahaja kata-kata Pakcik Spider-Man ni dengan penulisan saya :)

Baiklah, sebelum kita menyelesaikan masalah matematik, mari kita kenali jenis-jenis masalah dalam matematik yang sering kita temui dalam peperiksaan.

  1. Masalah yang menguji daya ingatan (Penyelesaiannya ialah latih-tubi)
  2. Masalah yang menguji kemahiran (latih-tubi)
  3. Masalah yang berkaitan penggunaan kemahiran matematik dalam kehidupan harian.
  4. Masalah yang berkaitan penggunaan kemahiran matematik bukan dalam kehidupan harian.
  5. Masalah yang memerlukan anda menggunakan teori tertentu untuk menyelesaikanya.

Masalah 1,2 dan 3 adalah masalah yang biasa kita temui. Jalan penyelesaianya juga adalah tidak panjang. Tetapi untuk masalah 4 dan 5 jalan penyelesaiannya adalah panjang dan kadangkala kita memerlukan pelbagai kemahiran matematik untuk menyelesaikanya.

Melakukan kerja rumah adalah satu langkah yang baik untuk membantu memahirkan diri dalam menyelesaikan masalah matematik. Jika anda membuat kerja rumah berkaitan dengan masalah di atas, anda dinasihatkan melakukan jalan kerja dengan sepenuhnya.

Kekerapan melakukan latihan seperti kerja rumah akan meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah.

Tip-tip menyelesaikan masalah matematik.

Aplikasi 4 langkah PĂ“lya’s;

  1. Fahami masalah : Baca keseluruhan soalan dan kenalpasti masalah yang dikemukakan.
  2. Rancang penyelesaian masalah anda. Kenalpasti kaedah yang sesuai untuk menyelesaikan masalah yang diberi.
  3. Selesaikan masalah seperti yang dirancang.
  4. Lihat kembali adakah penyelesaian yang anda perolehi adalah munasabah. Dengan menggunakan kaedah yang sama, cuba selesaikan soalan yang lebih mudah yang anda pasti jawapanya.

Sesetengah masalah memerlukan anda menggunakan pelbagai strategi. Ada yang memerlukan kita melukis gambar, melakar gambarajah, membina jadual, membina senarai, memcipta formula, mengulang-ngulang jalan kerja dan sebagainya.

Tip menyelesaikan masalah soalan berbentuk tulisan (word problem)

Apabila melihat soalan yang panjang dihuraikan, murid biasanya akan meninggalkan soalan tersebut. Ini kerana ramai yang beranggapan yang soalan sebegini sukar.

Sekarang mari kita lihat bagaimana cara untuk menyelesaikan masalah ini.

  1. Mula-mula kita perlu membaca keseluruhan soalan. Kenalpasti masalah yang diutarakan. Lukis gambarajah jika perlu. Ubah soalan tadi ke dalam bentuk ayat matematik.
  2. Selesaikan masalah matematik yang telah anda bentuk tadi.
  3. Tulis kembali jawapanya dalam bentuk ayat.

Sekian sahaja..

Wassalam

Sahabat saya cikgu Farizal SKBP (www.cikgufarizal.com)

Minat dalam matematik belum pasti menjamin kejayaan anda dalam subjek matematik. Matematik merupakan pelajaran yang unik dan ia amat penting untuk membantu mencorak masa depan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Jadi untuk cemerlang dalam matematik kita perlu mengetahui beberapa perkara penting untuk membantu kita cemerlang dalam matematik. Ada 5 perkara penting yang akan kita bincangkan untuk membantu kita cemerlang dalam metematik.

Perkara-perkara tersebut ialah;

  • Teknik Belajar Matematik
  • Penyelesaian Masalah
  • Belajar Untuk Peperiksaan / Ujian Matematik
  • Teknik Untuk Menduduki Peperiksaan / Ujian Matematik

Teknik Belajar Matematik – Pembelajaran Aktif Vs Pembelajaran Pasif

Proses pembelajaran matematik memerlukan teknik belajar aktif. Sewaktu belajar matematik, anda perlu;

  • mengenalpasti apa yang anda tahu dan apa yang anda tidak tahu. Dan anda juga perlu tahu bagaimana untuk meminta bantuan guru bagi menyelesaikan masalah yang anda tidak tahu.
  • Jangan sekali-kali ponteng kelas matematik. Pembelajaran matematik melalui guru adalah lebih berkesan berbanding belajar sendiri.
  • Aktifkan diri anda dalam kelas matematik. Belajar dahulu sedikit secara bersendirian sebelum kelas matematik.
  • Ambil peluang untuk bertanya apa yang anda tidak faham bila berpeluang.
  • Berjumpa guru diwaktu rehat untuk bertanyakan masalah yang kamu tidak tahu. Cara bergini akan lebih mendekatkan kamu dengan guru. Ini lebih memotivasikan kamu untuk berjaya dalam matematik.

Teknik Belajar Matematik Adalah Berbeza Dengan Pelajaran Lain

  • Matematik adalah satu matapelajaran yang memerlukan anda menyelesaikan masalah. Penyelesaian masalah matematik membantu anda lebih memahami topik-topik dalam matematik dan juga membantu anda lebih mengingat fomula matematik dan ia juga membaiki teknik menjawab anda.
  • Perkara yang paling penting dalam matematik adalah memahami konsep asas matematik.

Masa Belajar Matematik

Masa belajar matematik adalah bergantung kepada anda tetapi disarankan sekurang-kurangnya 2 jam sehari dan lakukan tiap-tiap hari.

Pastikan setiap soalan adalah benar-benar bekualiti dan mencabar.

Untuk mengelakan rasa bosan anda disarankan mewujudkan kumpulan belajar matematik

Bersambung…..


sumber:sahabat saya SKBP (www.cikgufarizal.com)

Soalan melibatkan proses pengumpulan semula. Anak-anak kurang mengemari soalan yang sebegini. Bagaimana untuk membantu mereka mencari jawapan dengan cepat tanpa bantuan pen dan kertas?

Langkah 1:

Asingkan nombor seperti contoh di atas. Ini kerana, adalah lebih mudah untuk melakukan penolakan yang melibatkan nombor gandaan sepuluh.

Langkah 2:

Lakukan penolakan antara nombor 70 dan 40. Nombor asas 2 dan 7 hendaklah dikekalkan.

Langkah 3:

Lakukan penolakan antara nombor 30 dengan 7 pula. Nombor asas 2 dikekalkan.

Langkah 4:

Jawapan diperolehi dengan mencampur dua nombor yang akhir.

******************************************************
Masih sukar untuk memahami? Apa kata kamu lihat contoh yang ini pula.

84 – 66 = ?

1. Asingkan nombor dalam gandaan 10

(80+4) – (60+6)

2. Lakukan penolakan antara nombor puluh dan mengekalkan nombor asas.

(20+4) – 6

3. Lakukan pula penolakan antara nombor 20 dengan 6 dan mengekalkan nombor asas.

(14+4)

4. Maka jawapan yang terhasil ialah 18.

Apa kata kamu uji kefahaman kamu dengan menjawab soalah ini berpandukan teknik yang diberi.

91 – 19 = ?


sumber:http://mantiqo.wordpress.com

sumber:www.mohdhanafi.com

Ini merupakan teknik lanjutan Teknik Matematik Vedik Siri 1 sebelum ini. Malas nak berceloteh panjang, uji dulu kecekapan anda dengan menggunakan teknik matematik sebelum ini dengan soalan di bawah dalam masa 5 saat.

21432 x 11 = ?

Senang bukan? Amat senang jika tekan kalkulator. Tapi aku ingin tunjukkan cara paling pantas untuk mendarab sebarang nombor dengan nombor 11. Simpan dahulu jawapan anda tadi dan lihat bagaimana aku selesaikan dengan begitu mudah sekali.

Langkah Pertama

Salin kembali digit paling kiri dan paling kanan, dalam contoh ini nombor 2 pada ruangan jawapan.

21432 x 11 = 2 _ _ _ _ 2

Langkah Kedua

Seperti dalam Teknik Matematik Vedik Siri 1 sebelum ini, tambahkan dua nombor bersebelahan dan isi ruangan tempat kosong daripada kiri ke kanan. Lihat contoh di bawah

21432 x 11 = 2 2+1 1+4 4+3 3+2 2

= 2 3 5 7 5 2

Senang bukan? Cuba selesaikan soalan di bawah dengan pantas. Jika boleh tanpa menulis di atas kertas.

1) 4216 x 11 = ?

*2) 3563 x 11 = ?

Jawapan : 46376 , 39193 (Highlight baris ini untuk jawapan)

Ada soalan? Ajukan di bahagian komen di bawah. Jika anda tidak dapat selesaikan soalan nombor dua jangan segan untuk bertanya. Hanya gunakan teknik yang telah dibincangkan dalam siri 1.


Teknik Matematik Mudah gaya Vedik(berasaskan kitab lama hindu).Cikgu ambil daripada http://www.mohdhanafi.com/.Mohon izin daripada penulis asalnya untuk sama sama kita berkongsi ilmu.

p/s:Penulis tersebut menggunakan kata ganti diri 'aku'

Ok untuk siri pertama, aku akan tunjukkan teknik yang paling ringkas mendarab nombor 11 dengan sebarang nombor dua digit. Sebelum itu uji tahap keupayaan matematik anda dahulu dengan soalan di bawah.

Cari jawapan soalan di bawah dalam masa 3 saat.

53 x 11 = _ _ _

Macam mana boleh selesaikan dalam masa 3 saat? Jika boleh, tahniah dan abaikan ‘post’ nie. Bagi yang gagal tidak mengapa sebab aku akan tunjukkan cara paling pantas tanpa menggunakan kalkulator untuk selesaikan soalan di atas.

Langkah Pertama

53 x 11 = 5 _ 3

Seperti yang anda lihat untuk mencari jawapan untuk soalan tersebut salin kembali digit pertama (5) dan kedua (3) dan isikan tempat kosong seperti di atas. Seterusnya untuk ruang kosong antara nombor 5 dan nombor 3, anda hanya perlu tambahkan kedua-dua nombor tersebut, 5+3=8. Maka langkah kedua dan terakhir akan kelihatan seperti di bawah.

Langkah Kedua

53 x 11 = 5 8 3

Senang bukan? Ok uji tahap kefahaman anda dengan soalan di bawah.

1) 34 x 11 = _ _ _

2) 62 x 11 = _ _ _

3) 71 x 11 = _ _ _

*4) 65 x 11 = _ _ _

* 5) 77 x 11 = _ _ _

*6) 37 x 11 = _ _ _

Jawapan : 374, 682, 781, 715, 847, 407 (sila highlight baris ini untuk jawapan soalan di atas)

Ada soalan? Tanya pada ruangan komen di bawah. Untuk memastikan anda tak terlepas siri kedua dan seterusnya, sila daftar e-mel anda pada ruangan yang disediakan di sidebar blog ini.

Kemaskini

Untuk menyelesaikan soalan 4, 5, dan 6, anda memerlukan tiga langkah penyelesaian. Contohnya untuk soalan 6.

Lankah Pertama

37 x 11 = 3 _ 7

Untuk langkah pertama, lakukan seperti biasa dengan menyalin semula nombor dan isikan tempat kosong.

Langkah Kedua

3 + 7 = 10

37 x 11 = 3 0 7 * // Nota : Bukan jawapan akhir

Untuk nombor di antara 3 dan 7, tambahkan 3 dan 7 dan ianya bersamaan dengan 10. Memandangkan nombor 10 merupakan nombor dua digit sedangkan ruang kosong yang boleh diisi hanya satu nombor maka kita perlukan langkah tambahan. Untuk ruang kosong tersebut isikan digit kedua daripada nombor 10 iaitu nombor 0.

Langkah Ketiga

37 x 11 = 3 + 1 0 7

= 4 0 7

Digit pertama daripada hasil tambah nombor 3 dan nombor 7 iaitu nombor 1 ditambahkan kepada nombor 3 dalam jawapan seperti yang ditunjukkan di atas.Akhirnya jawapan terakhirnya adalah 407. Hooray! Senangkan?

Harap fahamlah yer dengan penyelesaiannya tersebut sebab susah nak terangkan dengan penulisan nie tapi aku dah cuba sedaya upaya aku untuk menulis dengan sebaik mungkin.


SELAMAT MENCUBA.AYUH BELAJAR


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Musim cuti sekolah sentiasa dipenuhi dengan pelbagai aktiviti.Ke mana anda cuti sekolah ini?.Cikgu yakin anda semua tentu mempunyai pelbagai aktiviti.Ada yang pergi bercuti dan ada yang duduk sahaja di rumah.Harapan cikgu agar semua murid dapat menggunakan masa cuti ini untuk perkara yang berfaedah.Cikgu sangat berharap tiada yang membuang masa dengan mengunjungi cyber cafe atau menghabiskan masa dengan hanya menonton tv sahaja.
Merujuk kepada aktiviti di cyber cafe,cikgu tidaklah mengatakan ianya salah namun murid murid harus faham dengan apa yang dilakukan disitu.Sekiranya anda mengunjugi CC untuk mencari maklumat..ianya bagus kerana internet sangat berfaedah jika digunakan dengan betul tetapi apa yang cikgu selalu lihat,murid ramai ke CC untuk bermain games.Permainan video sangat tidak baik kerana ianya menyebabkan ketagihan dan membuang masa. Sekiranya ada dikalangan anda berminat untuk mempelajari kemahiran komputer dan internet,cikgu sedia membantu.

Pada hari ini, banyak kenduri dijalankan.Di kawasan rumah cikgu juga ada 2-3 kenduri kahwin.Pada minggu lepas cikgu berkesempatan untuk menghadiri kenduri kahwin ustazah faridah di Langgar,Alor Setar.Tahniah ustazah kerana menamatkan zaman bujang beliau.Cuti sekolah ini juga beberapa orang cikgu turut melangsungkan perkahwinan iaitu cikgu rahaida dan cikgu norhaida.Tahniah kepada mereka semua.

Cikgu masih mempromosikan blog ini dengan harapan ramai murid akan menyertainya.Insyaallah sekiranya pengunjung semakin ramai..cikgu akan melancarkan pembelajaran secara online dimana pembelajaran akan diadakan secara 'real time'. Konsep pembelajaran online ini sudah banyak seperti Zoom A dan banyak lagi.Ada juga sistem pembelajaran yang percuma dan ada yang perlu dibayar..malah ada juga yang membuat secara MLM...tetapi cikgu berusaha untuk membantu semua murid secara percuma kerana bagi cikgu, apa guna kepandaian dan kebolehan kita tetapi tidak mahu dikongsikan walaupun cikgu sedar untuk belajar ramai murid kurang berminat..sebaliknya ramai yang sangat gemar berhibur dan membuang masa begitu sahaja.

Ayuh belajar...manfaatkan kemudahan teknologi untuk meningkatkan ilmu kita.Selamat bercuti

Teknik belajar ini cikgu ambil daripada laman web http://www.sabah.net.my.Mohon izin daripada penulisnya untuk dikongsi bersama.Selamat mencuba

Pengenalan
Bagi mereka yang telah berjaya dengan cemerlang,beberpa pendekatan belajar telah diamalkan. Para pengkaji teknik belajar telah juga menghasilkan beberapa pendekatan pembelajaran yang berkesan.terpulang kepada kita sebagai pelajar untuk mengikuti teknik mana yang paling sesuai dan paling mudah difahami. Untuk membantu pelajar di sini terdapat beberapa teknik belajar akan diutarakan.



Teknik Belajar 5R-STUV
  • Recopy [salin semula]
  • Rework all model 5 x [buat semula contoh/cepat/5x]
  • Recite out loud Repeatedly [lafaz kuat berulang kali]
  • Recheck [semak semula]
  • Reasonnablenes [jawapan berpatutan/sebaliknya]
  • s-sumarize [ringkaskan nota penting]
  • t-test your self [uji diri anda]
  • u-use [gunakan]
  • V-visualize [bayangkan selalu]


Teknik Belajar Secara Pembayangan
Kita mempunyai apa yang dinamakan otak kanan dan otak kiri. Otak kiri melibatkan pemikiran bercorak 'akademik' seperti perkataan, nombor, kebolehan saintifik, matematik, bahasa, analisisi dan penggunaan tangan kanan.

Otak kanan pula melibatkan aktiviti bersangkutan irama, imaginasi, warna, khayalan, ilham, corak, dimensi dan penggunaan tangan kiri.

Persoalan yang timbul adakah kita menggunakan kedua-dua bahagian otak dengan bijaksana. Umpamanya adakah kita selalu menggunakan otak kanan kita untuk menghayalkan pelajaran atau atau adakah ia selalu digunakan untuk menghayalkan dan mengimaginasi masalah peribadi, angan-angan kosong, dendam, hasad-dengki,amalan ilmu hitam dan perasaan yang tidak berhubungkait dengan pelajaran.

Jika otak bahagian kanan ini belum lagi digunakan sepenuhnya untuk mengkhayalkan pelajaran, maka masanya telah tiba kita mengkikis semua khayalan dan imaginasi kosong dan segerakan gunakan setiap saaat yang ada untuk khayalan digunakan untuk membayangkan pelajaran.

Teknik pembayangan perlu penumpuan. Penumpuan yang serius amat perlu. Sebaik-baik suasana ialah yang sunyi sepi seperti semasa berehat, semasa berbaring sebelum tidur malam, semasa duduk berseorangan menenangkan fikiran, semasa menumpang bas atau teksi, semasa di stesen bas dan lain-lain.

Sebagai contoh kita ambil suasan berbaring sebelum tidur. Bilik sudah gelap> Keadaan sunyi sepi. Dalam suasana ini, tenangkan fikiran. Mula bayangkan soalan-soalan, raja, sifir, graf dan apa juga yang telah dipelajari. Bayang ia satu demi satu. Untuk menguatkan tumpuan tulis, lukis apa yang diingat di atas tilam dengan menggunakan telunjuk anda. Amalakan ini setiap malam. soal diri anda, satu ke satu soalan, mata pelajaran ke mata pelajaran sehinggalah tertidur. Ulangi bila terbangun di tengah malam. Amalkan ia dari sehari ke sehari, seminggu ke seminggu, sebulan ke sebulan bermula ddari tingkatan 1 hingga ke tingkatan 6. Bila ruangan khayalan ini dipositifkan dengan fikiran sehat, anda akan rasakan hasil usaha ini. Bagi anda yang belum mengamalkannnya, cuba mula dari sekarang.



Rahsia-rahsia di sebalik pengurusan masa pelajar cemerlang.

Masa sebelum tidur - masa berbaring sebelum tidur. Aamalkan teknik belajar secara bayangan. Menulis atau menyelesaikan masalah dengan cara menulis dengan menggunakan jari telunjuk di atas tilam.

  • Masa terbangun di tengah malam( Belajar seperti No.1)
  • Masa bangun tidur. Subuh/pagi.Bayangkan pelajaran semalam.
  • Masa ke tandas waktu pagi (ingatkan perkara yang terlupa)
  • Masa ke tandas waktu malam (sama seperti No.4)
  • Masa bercermin (Lekatkan Nota penting Dekat cermin)
  • Masa sarapan pagi (Baca selembar dua suratkhabar)
  • Masa berjalan ke sekolah (Tanya diri-sifir dan formula)
  • Masa menunggu bas (Ulangkaji kad nota atau bayangkan)
  • Masa di dalam bas atau kereta (ulangkaji harian/cepat)
  • Masa berjalan ke sekolah ( Tanya diri pasal sifir , formula dan lain-lain lagi)
  • Masa sampai awal pagi ke sekolah ( ulangkaji harian/cepat)
  • Masa menunggu cikgu yang terlewat(ulangkaji cepat)
  • Masa rehat (ke perpustakaan baca ringkas buku-buku)
  • Masa sebelum pulang (Lwatkan pulang buat kerja rumah)
  • Masa berjalan pulang ( tanya diri pasal sifir)
  • Masa berada dalam bas ( baca kad nota)
  • Masa rehat selepas makan (baca novel/majalah)
  • Masa rehat selepas maka n malam (Baca rencana akhbar dan lain-lain)
  • Masa menonton tv (melukis rajah-rajah, peta, tulis formula dan lain-lain)

MASA TERPENTING DALAM PEMBELAJARAN CEMERLANG

MASA BELAJAR WAKTU SUBUH

Lain-lain masa yang perlu diurus.

  • Masa ditelefon-pendekan perbualan
  • Semasa membantu ayah dan ibu (belajar cara bayangan)
  • Masa menunggu doktor (ulangkaji kad Nota)
  • Masa berjalan dipersekitaran sekolah (tanya/jawab diri anda)
  • Masa mesyuarat (ulangkaji kad nota sebelum mesyuarat)
  • Masa mendengar radio(kurangkan masa)
  • Masa menunggu kawan (ulangkaji kad nota)
  • Masa pelawat ke rumah (jika ramai, belajar di perpustakaan)
  • Jika anda mengamalkan masa-masa belajar ini dengan betul dan disiplin,pasti anda akan berjaya dengan cemerlang.



Teknik Belajar PV3R
  • Preview (tinjauan awal)
  • Question (soal diri)
  • Read & Underline (Baca,garis dan tanda)
  • Recite & write (lafaz dan tulis nota)
  • Review (tinjauan akhir)
  • Sumarize (ringkaskan)
  • Test your self (uji diri anda)
  • Use (gunakan)
  • Visualize (bayangkan)


7 Cara Cemerlangkan Otak
  • Positive mental attitude & positive physical action.
  • Air-clean air for the brain.
  • Mental Challenges for the brain.
  • Food for the brain.
  • Exercise for the brain.
  • Sleep for the brain.
  • Meditation & power brain./


Amalan peningkatan daya ingatan
  • Faham.
  • Jarakkan/pecahkan masa belajar.
  • Lafazkan isi penting dengan cara yang kuat.
  • Percaya pada diri sendiri.
  • Ulang berkali-kali.
  • Guna kata kunci, kata isyarat. kata rahsia & ungkapan lucu.
  • Ulangkaji semasa berbaring sebelum tidur & semasa bangun tidur.
  • Bayangkan selalu (20 peringkat masa cemerlang).


AMALKAN SEMOGA BERJAYA





Assalamualaikum dan salam sejahtera.Apa khabar murid murid?Sudah lama cikgu hendak membina blog untuk murid belajar secara online.Namun disebabkan kekangan waktu baru sekarang cikgu dapat membinanya.Cantik tak template blog ini?cikgu membina blog ini dengan percuma.Murid murid juga dapat belajar secara percuma.Cikgu cuba memaparkan subjek seubjek yang menarik untuk anda semua.Disamping itu,cikgu juga akan mencari artikel yang bagus untuk anda baca dan paraktikkan.Cikgu juga akan meletakkan video,animasi dan bahan pembelajaran yang menarik.

Cikgu sangat berharap murid murid dapat memanfaatkan internet dengan baik.Jangan asyik membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah.Sekiranya murid murid mahu memaparkan hasil kerja,hubungi cikgu di facebook atau emelkan terus bahan murid murid dan cikgu akan letakkan disini.Selamat Belajar

Cikgu Zahran