twitter
rss

Salam Sejahtera.


Maafkan cikgu kerana sudah lama tidak mengemaskini blog ini.Cikgu tidak dapat mengakses blog ini kerana kehilangan password.Terlampau banyak blog sehingga tidak ingat mana satu password yang betul. Mujur setelah beberapa lama mencuba akhirnya cikgu dapat mengakses semula. Berkenaan dengan password, anda perlu menyimpan di tempat yang benar benar selama. Ini kerana sekiranya berlaku sesuatu kita masih dapat membuka emel atau blog kita.
Cikgu sentiasa menggunakan password yang berbeza. Ini kerana kita selalu menggunakan password yang sama iaitu kombinasi tarikh lahir,nombor rumah dan sebagainya. Ini sangat membahayakan kerana hackers akan dapat mengesan kelemahan password kita dan dapat mengakses akaun kita sewenang wenangnya.Namu ia adalah satu pengajaran buat cikgu supaya catat passwor ditempat yang selamat.
Apapun UPSR hampir menjelang.Esok (13 September 2011) maka tibalah saat yang dinantikan oleh murid Tahun Enam. UPSR akan menjelang.Adakah mereka benar benar bersedia? Kita doakan agar semua calon UPSR beroleh kejayaan Amin. Pelajar UPSR tahun ini berdepan dengan cabaran yang amat besar. Sudahlah tidak dapat beraya dengan tenang...malah ada yang berdebar menanti saat yang sangat mencemaskan ini. Namun begitu ada juga yang rileks kerana mereka bersedia dari awal lagi. Salah seorang anak buah cikgu (Anas Rasydan) turut mengambil UPSR tahun ini.
Disini cikgu kongsikan beberapa tips semasa peperiksaan. Semoga anda mengamalkan tips ini mudah mudahan akan berjaya hendaknya.
  • Buatlah solat hajat sepanjang minggu peperiksaan. Terutama selepas subuh sebelum hadir ke dewan peperiksaan. Mohonlah doa kepada Allah agar dipermudahkan segala urusan kita.Sangat baik sekiranya ibu bapa juga dapat turut serta
  • Bacalah surah Yasin sepanjang minggu ini terutama selepas solat fardhu.Surah Yasin amat mustajab terutama ketika memohon hajat yang penting.
  • Datanglah ke dewan peperiksaan dengan hati yang tenang. Senyum dan rileks. jangan memikirkan tentang ketakutan dan gundah gulana.Tarik nafas dan genggam tangan dengan kuat sambil berkata "aku boleh lakukan". Hati yang gundah akan menambah rasa gementar anda. jangan difikirkan tentang soalan yang bakal keluar.
  • Baca doa semasa duduk di dalam dewan. baik sekali membaca surah 4 Qul disusuli dengan ayatul kursi dan surah Taha.Baca bismillahirahmanirrahim sebanyak 21 kali serta beristighfar.
  • Baca soalan dengan tenang dan teliti,catatkan isi isi yang penting dan gariskan ayat ayat yang berguna.Jawab soalan yang senang dahulu dan pastikan jangan terlalu banyak habiskan masa dengan soalan solan yang susah.
  • Sekiranya anda tiba tiba menjadi tertekan, bacalah surah alfatihah dan "Subhana man la yana muala yashu" sekiranya terlupa.
  • Berzikirlah ketika menjawab atau menyebut nama Allah-asmaul husna. Ya Alim-Ya Rahman-Ya Rahim
  • Selesai menjawab soalan pastikan nama dan angka giliran anda. Semak semula semua soalan yang telah dijawab.jangan tidur kerana dikhuatiri air liur basi anda akan terlekat di kertas jawapan(ini bukan gurauan kerana ia pernah berlaku)
  • Selepas peperiksaan, usah berbincang jawapan dengan rakan anda kerana ia akan menambah tekanan anda. Teruskan berusaha untuk kertas yang seterusnya.
Selamat Menjawab Peperiksaan.Anda Mampu mengubahnya.....

P/s: Kata cikgu kasniza:Ada pelajar di Malaysia memberi alasan boleh meniru ketika ditangkap kerana di kertas soalan terdapat cetakan "Sila Lihat Muka surat sebelah".Lalu mereka pun melihat kepada pelajar di sebelah mereka.Anda jangan sesekali cuba meniru ye....

Hari ini mari kita sambung artikel bertajuk Cemerlang Matematik Bahagian II : Penyelesaian Masalah.

Semakin tinggi kita belajar matematik, semakin sukar masalah yang bakal kita tempuhi. Jika waktu di sekolah rendah, dengan hanya satu langkah sahaja kita sudah mampu menyelesaikan masalah matematik yang diberikan tetapi jika di universiti mungkin kita perlu menghabiskan 2 helai kertas A4 untuk mendapat penyelesaian seseuatu masalah. Fonomena ini adalah biasa bak kata Uncle Ben ” with great power comes great responsibility“. Macam tak ada kaitan sahaja kata-kata Pakcik Spider-Man ni dengan penulisan saya :)

Baiklah, sebelum kita menyelesaikan masalah matematik, mari kita kenali jenis-jenis masalah dalam matematik yang sering kita temui dalam peperiksaan.

  1. Masalah yang menguji daya ingatan (Penyelesaiannya ialah latih-tubi)
  2. Masalah yang menguji kemahiran (latih-tubi)
  3. Masalah yang berkaitan penggunaan kemahiran matematik dalam kehidupan harian.
  4. Masalah yang berkaitan penggunaan kemahiran matematik bukan dalam kehidupan harian.
  5. Masalah yang memerlukan anda menggunakan teori tertentu untuk menyelesaikanya.

Masalah 1,2 dan 3 adalah masalah yang biasa kita temui. Jalan penyelesaianya juga adalah tidak panjang. Tetapi untuk masalah 4 dan 5 jalan penyelesaiannya adalah panjang dan kadangkala kita memerlukan pelbagai kemahiran matematik untuk menyelesaikanya.

Melakukan kerja rumah adalah satu langkah yang baik untuk membantu memahirkan diri dalam menyelesaikan masalah matematik. Jika anda membuat kerja rumah berkaitan dengan masalah di atas, anda dinasihatkan melakukan jalan kerja dengan sepenuhnya.

Kekerapan melakukan latihan seperti kerja rumah akan meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah.

Tip-tip menyelesaikan masalah matematik.

Aplikasi 4 langkah PĂ“lya’s;

  1. Fahami masalah : Baca keseluruhan soalan dan kenalpasti masalah yang dikemukakan.
  2. Rancang penyelesaian masalah anda. Kenalpasti kaedah yang sesuai untuk menyelesaikan masalah yang diberi.
  3. Selesaikan masalah seperti yang dirancang.
  4. Lihat kembali adakah penyelesaian yang anda perolehi adalah munasabah. Dengan menggunakan kaedah yang sama, cuba selesaikan soalan yang lebih mudah yang anda pasti jawapanya.

Sesetengah masalah memerlukan anda menggunakan pelbagai strategi. Ada yang memerlukan kita melukis gambar, melakar gambarajah, membina jadual, membina senarai, memcipta formula, mengulang-ngulang jalan kerja dan sebagainya.

Tip menyelesaikan masalah soalan berbentuk tulisan (word problem)

Apabila melihat soalan yang panjang dihuraikan, murid biasanya akan meninggalkan soalan tersebut. Ini kerana ramai yang beranggapan yang soalan sebegini sukar.

Sekarang mari kita lihat bagaimana cara untuk menyelesaikan masalah ini.

  1. Mula-mula kita perlu membaca keseluruhan soalan. Kenalpasti masalah yang diutarakan. Lukis gambarajah jika perlu. Ubah soalan tadi ke dalam bentuk ayat matematik.
  2. Selesaikan masalah matematik yang telah anda bentuk tadi.
  3. Tulis kembali jawapanya dalam bentuk ayat.

Sekian sahaja..

Wassalam

Sahabat saya cikgu Farizal SKBP (www.cikgufarizal.com)

Minat dalam matematik belum pasti menjamin kejayaan anda dalam subjek matematik. Matematik merupakan pelajaran yang unik dan ia amat penting untuk membantu mencorak masa depan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Jadi untuk cemerlang dalam matematik kita perlu mengetahui beberapa perkara penting untuk membantu kita cemerlang dalam matematik. Ada 5 perkara penting yang akan kita bincangkan untuk membantu kita cemerlang dalam metematik.

Perkara-perkara tersebut ialah;

  • Teknik Belajar Matematik
  • Penyelesaian Masalah
  • Belajar Untuk Peperiksaan / Ujian Matematik
  • Teknik Untuk Menduduki Peperiksaan / Ujian Matematik

Teknik Belajar Matematik – Pembelajaran Aktif Vs Pembelajaran Pasif

Proses pembelajaran matematik memerlukan teknik belajar aktif. Sewaktu belajar matematik, anda perlu;

  • mengenalpasti apa yang anda tahu dan apa yang anda tidak tahu. Dan anda juga perlu tahu bagaimana untuk meminta bantuan guru bagi menyelesaikan masalah yang anda tidak tahu.
  • Jangan sekali-kali ponteng kelas matematik. Pembelajaran matematik melalui guru adalah lebih berkesan berbanding belajar sendiri.
  • Aktifkan diri anda dalam kelas matematik. Belajar dahulu sedikit secara bersendirian sebelum kelas matematik.
  • Ambil peluang untuk bertanya apa yang anda tidak faham bila berpeluang.
  • Berjumpa guru diwaktu rehat untuk bertanyakan masalah yang kamu tidak tahu. Cara bergini akan lebih mendekatkan kamu dengan guru. Ini lebih memotivasikan kamu untuk berjaya dalam matematik.

Teknik Belajar Matematik Adalah Berbeza Dengan Pelajaran Lain

  • Matematik adalah satu matapelajaran yang memerlukan anda menyelesaikan masalah. Penyelesaian masalah matematik membantu anda lebih memahami topik-topik dalam matematik dan juga membantu anda lebih mengingat fomula matematik dan ia juga membaiki teknik menjawab anda.
  • Perkara yang paling penting dalam matematik adalah memahami konsep asas matematik.

Masa Belajar Matematik

Masa belajar matematik adalah bergantung kepada anda tetapi disarankan sekurang-kurangnya 2 jam sehari dan lakukan tiap-tiap hari.

Pastikan setiap soalan adalah benar-benar bekualiti dan mencabar.

Untuk mengelakan rasa bosan anda disarankan mewujudkan kumpulan belajar matematik

Bersambung…..


sumber:sahabat saya SKBP (www.cikgufarizal.com)

Soalan melibatkan proses pengumpulan semula. Anak-anak kurang mengemari soalan yang sebegini. Bagaimana untuk membantu mereka mencari jawapan dengan cepat tanpa bantuan pen dan kertas?

Langkah 1:

Asingkan nombor seperti contoh di atas. Ini kerana, adalah lebih mudah untuk melakukan penolakan yang melibatkan nombor gandaan sepuluh.

Langkah 2:

Lakukan penolakan antara nombor 70 dan 40. Nombor asas 2 dan 7 hendaklah dikekalkan.

Langkah 3:

Lakukan penolakan antara nombor 30 dengan 7 pula. Nombor asas 2 dikekalkan.

Langkah 4:

Jawapan diperolehi dengan mencampur dua nombor yang akhir.

******************************************************
Masih sukar untuk memahami? Apa kata kamu lihat contoh yang ini pula.

84 – 66 = ?

1. Asingkan nombor dalam gandaan 10

(80+4) – (60+6)

2. Lakukan penolakan antara nombor puluh dan mengekalkan nombor asas.

(20+4) – 6

3. Lakukan pula penolakan antara nombor 20 dengan 6 dan mengekalkan nombor asas.

(14+4)

4. Maka jawapan yang terhasil ialah 18.

Apa kata kamu uji kefahaman kamu dengan menjawab soalah ini berpandukan teknik yang diberi.

91 – 19 = ?


sumber:http://mantiqo.wordpress.com

sumber:www.mohdhanafi.com

Ini merupakan teknik lanjutan Teknik Matematik Vedik Siri 1 sebelum ini. Malas nak berceloteh panjang, uji dulu kecekapan anda dengan menggunakan teknik matematik sebelum ini dengan soalan di bawah dalam masa 5 saat.

21432 x 11 = ?

Senang bukan? Amat senang jika tekan kalkulator. Tapi aku ingin tunjukkan cara paling pantas untuk mendarab sebarang nombor dengan nombor 11. Simpan dahulu jawapan anda tadi dan lihat bagaimana aku selesaikan dengan begitu mudah sekali.

Langkah Pertama

Salin kembali digit paling kiri dan paling kanan, dalam contoh ini nombor 2 pada ruangan jawapan.

21432 x 11 = 2 _ _ _ _ 2

Langkah Kedua

Seperti dalam Teknik Matematik Vedik Siri 1 sebelum ini, tambahkan dua nombor bersebelahan dan isi ruangan tempat kosong daripada kiri ke kanan. Lihat contoh di bawah

21432 x 11 = 2 2+1 1+4 4+3 3+2 2

= 2 3 5 7 5 2

Senang bukan? Cuba selesaikan soalan di bawah dengan pantas. Jika boleh tanpa menulis di atas kertas.

1) 4216 x 11 = ?

*2) 3563 x 11 = ?

Jawapan : 46376 , 39193 (Highlight baris ini untuk jawapan)

Ada soalan? Ajukan di bahagian komen di bawah. Jika anda tidak dapat selesaikan soalan nombor dua jangan segan untuk bertanya. Hanya gunakan teknik yang telah dibincangkan dalam siri 1.


Teknik Matematik Mudah gaya Vedik(berasaskan kitab lama hindu).Cikgu ambil daripada http://www.mohdhanafi.com/.Mohon izin daripada penulis asalnya untuk sama sama kita berkongsi ilmu.

p/s:Penulis tersebut menggunakan kata ganti diri 'aku'

Ok untuk siri pertama, aku akan tunjukkan teknik yang paling ringkas mendarab nombor 11 dengan sebarang nombor dua digit. Sebelum itu uji tahap keupayaan matematik anda dahulu dengan soalan di bawah.

Cari jawapan soalan di bawah dalam masa 3 saat.

53 x 11 = _ _ _

Macam mana boleh selesaikan dalam masa 3 saat? Jika boleh, tahniah dan abaikan ‘post’ nie. Bagi yang gagal tidak mengapa sebab aku akan tunjukkan cara paling pantas tanpa menggunakan kalkulator untuk selesaikan soalan di atas.

Langkah Pertama

53 x 11 = 5 _ 3

Seperti yang anda lihat untuk mencari jawapan untuk soalan tersebut salin kembali digit pertama (5) dan kedua (3) dan isikan tempat kosong seperti di atas. Seterusnya untuk ruang kosong antara nombor 5 dan nombor 3, anda hanya perlu tambahkan kedua-dua nombor tersebut, 5+3=8. Maka langkah kedua dan terakhir akan kelihatan seperti di bawah.

Langkah Kedua

53 x 11 = 5 8 3

Senang bukan? Ok uji tahap kefahaman anda dengan soalan di bawah.

1) 34 x 11 = _ _ _

2) 62 x 11 = _ _ _

3) 71 x 11 = _ _ _

*4) 65 x 11 = _ _ _

* 5) 77 x 11 = _ _ _

*6) 37 x 11 = _ _ _

Jawapan : 374, 682, 781, 715, 847, 407 (sila highlight baris ini untuk jawapan soalan di atas)

Ada soalan? Tanya pada ruangan komen di bawah. Untuk memastikan anda tak terlepas siri kedua dan seterusnya, sila daftar e-mel anda pada ruangan yang disediakan di sidebar blog ini.

Kemaskini

Untuk menyelesaikan soalan 4, 5, dan 6, anda memerlukan tiga langkah penyelesaian. Contohnya untuk soalan 6.

Lankah Pertama

37 x 11 = 3 _ 7

Untuk langkah pertama, lakukan seperti biasa dengan menyalin semula nombor dan isikan tempat kosong.

Langkah Kedua

3 + 7 = 10

37 x 11 = 3 0 7 * // Nota : Bukan jawapan akhir

Untuk nombor di antara 3 dan 7, tambahkan 3 dan 7 dan ianya bersamaan dengan 10. Memandangkan nombor 10 merupakan nombor dua digit sedangkan ruang kosong yang boleh diisi hanya satu nombor maka kita perlukan langkah tambahan. Untuk ruang kosong tersebut isikan digit kedua daripada nombor 10 iaitu nombor 0.

Langkah Ketiga

37 x 11 = 3 + 1 0 7

= 4 0 7

Digit pertama daripada hasil tambah nombor 3 dan nombor 7 iaitu nombor 1 ditambahkan kepada nombor 3 dalam jawapan seperti yang ditunjukkan di atas.Akhirnya jawapan terakhirnya adalah 407. Hooray! Senangkan?

Harap fahamlah yer dengan penyelesaiannya tersebut sebab susah nak terangkan dengan penulisan nie tapi aku dah cuba sedaya upaya aku untuk menulis dengan sebaik mungkin.


SELAMAT MENCUBA.AYUH BELAJAR


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Musim cuti sekolah sentiasa dipenuhi dengan pelbagai aktiviti.Ke mana anda cuti sekolah ini?.Cikgu yakin anda semua tentu mempunyai pelbagai aktiviti.Ada yang pergi bercuti dan ada yang duduk sahaja di rumah.Harapan cikgu agar semua murid dapat menggunakan masa cuti ini untuk perkara yang berfaedah.Cikgu sangat berharap tiada yang membuang masa dengan mengunjungi cyber cafe atau menghabiskan masa dengan hanya menonton tv sahaja.
Merujuk kepada aktiviti di cyber cafe,cikgu tidaklah mengatakan ianya salah namun murid murid harus faham dengan apa yang dilakukan disitu.Sekiranya anda mengunjugi CC untuk mencari maklumat..ianya bagus kerana internet sangat berfaedah jika digunakan dengan betul tetapi apa yang cikgu selalu lihat,murid ramai ke CC untuk bermain games.Permainan video sangat tidak baik kerana ianya menyebabkan ketagihan dan membuang masa. Sekiranya ada dikalangan anda berminat untuk mempelajari kemahiran komputer dan internet,cikgu sedia membantu.

Pada hari ini, banyak kenduri dijalankan.Di kawasan rumah cikgu juga ada 2-3 kenduri kahwin.Pada minggu lepas cikgu berkesempatan untuk menghadiri kenduri kahwin ustazah faridah di Langgar,Alor Setar.Tahniah ustazah kerana menamatkan zaman bujang beliau.Cuti sekolah ini juga beberapa orang cikgu turut melangsungkan perkahwinan iaitu cikgu rahaida dan cikgu norhaida.Tahniah kepada mereka semua.

Cikgu masih mempromosikan blog ini dengan harapan ramai murid akan menyertainya.Insyaallah sekiranya pengunjung semakin ramai..cikgu akan melancarkan pembelajaran secara online dimana pembelajaran akan diadakan secara 'real time'. Konsep pembelajaran online ini sudah banyak seperti Zoom A dan banyak lagi.Ada juga sistem pembelajaran yang percuma dan ada yang perlu dibayar..malah ada juga yang membuat secara MLM...tetapi cikgu berusaha untuk membantu semua murid secara percuma kerana bagi cikgu, apa guna kepandaian dan kebolehan kita tetapi tidak mahu dikongsikan walaupun cikgu sedar untuk belajar ramai murid kurang berminat..sebaliknya ramai yang sangat gemar berhibur dan membuang masa begitu sahaja.

Ayuh belajar...manfaatkan kemudahan teknologi untuk meningkatkan ilmu kita.Selamat bercuti