twitter
rss

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Musim cuti sekolah sentiasa dipenuhi dengan pelbagai aktiviti.Ke mana anda cuti sekolah ini?.Cikgu yakin anda semua tentu mempunyai pelbagai aktiviti.Ada yang pergi bercuti dan ada yang duduk sahaja di rumah.Harapan cikgu agar semua murid dapat menggunakan masa cuti ini untuk perkara yang berfaedah.Cikgu sangat berharap tiada yang membuang masa dengan mengunjungi cyber cafe atau menghabiskan masa dengan hanya menonton tv sahaja.
Merujuk kepada aktiviti di cyber cafe,cikgu tidaklah mengatakan ianya salah namun murid murid harus faham dengan apa yang dilakukan disitu.Sekiranya anda mengunjugi CC untuk mencari maklumat..ianya bagus kerana internet sangat berfaedah jika digunakan dengan betul tetapi apa yang cikgu selalu lihat,murid ramai ke CC untuk bermain games.Permainan video sangat tidak baik kerana ianya menyebabkan ketagihan dan membuang masa. Sekiranya ada dikalangan anda berminat untuk mempelajari kemahiran komputer dan internet,cikgu sedia membantu.

Pada hari ini, banyak kenduri dijalankan.Di kawasan rumah cikgu juga ada 2-3 kenduri kahwin.Pada minggu lepas cikgu berkesempatan untuk menghadiri kenduri kahwin ustazah faridah di Langgar,Alor Setar.Tahniah ustazah kerana menamatkan zaman bujang beliau.Cuti sekolah ini juga beberapa orang cikgu turut melangsungkan perkahwinan iaitu cikgu rahaida dan cikgu norhaida.Tahniah kepada mereka semua.

Cikgu masih mempromosikan blog ini dengan harapan ramai murid akan menyertainya.Insyaallah sekiranya pengunjung semakin ramai..cikgu akan melancarkan pembelajaran secara online dimana pembelajaran akan diadakan secara 'real time'. Konsep pembelajaran online ini sudah banyak seperti Zoom A dan banyak lagi.Ada juga sistem pembelajaran yang percuma dan ada yang perlu dibayar..malah ada juga yang membuat secara MLM...tetapi cikgu berusaha untuk membantu semua murid secara percuma kerana bagi cikgu, apa guna kepandaian dan kebolehan kita tetapi tidak mahu dikongsikan walaupun cikgu sedar untuk belajar ramai murid kurang berminat..sebaliknya ramai yang sangat gemar berhibur dan membuang masa begitu sahaja.

Ayuh belajar...manfaatkan kemudahan teknologi untuk meningkatkan ilmu kita.Selamat bercuti

0 comments:

Post a Comment